Mengenai Kami
Syarikat kami merupakan salah satu syarikat bumiputera yang mengimport ternakan terus dari Australia terutamanya Kambing Boer. Bukan saja kambing, malah kami juga mengimport ternakan lain seperti Lembu, biri-biri dan lain-lain lagi. Kami mempunyai beberapa buah ladang kambing di beberapa buah kawasan terutamanya di sekitar Negeri Selangor. Kebanyakan ladang kami lebih tertumpu kepada ternakan Kambing Boer.
Syarikat kami kini telah berkembang pesat sejak 2006. Kami telah mendapat sokongan dan kerjasama dari MARDI. Melalui kerjasama dengan MARDI, kami telah beberapa kali mengadakan kursus mengenai ternakan kambing terutamanya kursus ternakan kambing Boer. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dengan lebih jelas lagi supaya peserta memahami dengan lebih mendalam dan mengetahui segala perihal penjagaan kambing.
Dari hari ke hari kami telah mengorak langkah ke hadapan bagi membantu usahawan-usahawan ternak yang ingin menceburi dunia ternakan. Oleh sebab itu, laman web yang berbentuk Blog ini diwujudkan untuk memberikan segala informasi dan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia ternakan. Selain tujuan itu, laman blog ini juga bertujuan bagi membolehkan pembeli mendapatkan ternakan terus dari kami tanpa melalui orang tengah. Sudah pasti anda dijamin akan mendapat harga terbaik dan baka yang berkualiti.
Selain untuk penternakan, kami juga menjual ternakan untuk Aqiqah & Korban serta untuk Pedaging.
Kami berharap dengan wujudnya laman blog ini akan dapat memberi manfaat kepada anda semua mengenai dunia ternakan. J



