Kursus Penternakan Kambing Boer

Posted under Seminar & Kursus by Zul-Inam on Tuesday 24 February 2009 at 7:31 am

Untuk Maklumat semua, kami sebelum ini telah beberapa kali menganjurkan kursus ‘Penternakan Kambing Boer’ bermula sejak bulan Januari 2008. Kursus yang kami anjurkan dibawah kerjasama Agro Bank dan PUGM/MARDI bertujuan untuk membantu sesiapa yang berminat untuk menceburi dunia penternakan Kambing Boer yang kini semakin mendapat tempat dikalangan penternak-penternak kambing di Negara kita.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami.


Berikut adalah maklumat mengenai kursus yang kami anjurkan:


Kursus Penternakan Kambing Boer


Tarikh : 27 Mac – 29 Mac 2009 (Jumaat - Ahad)

Tempat : ILPP, Jabatan Pertanian Serdang (Tempat Penginapan Disediakan)

Modul : Diantara modul kursus adalah:

      · Pengenalan Industri Kambing Boer

      · Sistem Pemeliharaan Kambing Boer

      · Kawalan Kesihatan, Penyakit & Rawatan Kambing Boer

      · Pembiakbakaan Kambing Boer

      · Lawatan ke Ladang (Praktikal)

      · Rancangan Pelan Perniagaan

      · Aliran Tunai Kewangan

      · Skim Pembiayaan Agro Bank

      · Dan Lain-lain Lagi


 

Penceramah utama yang akan menjayakan kursus ini adalah:

1.  Prof. Dr. Hj. Mohmad Mustafa D.V.M, Mphil, PhD, Edinburgh, United Kingdom-Scotland, Malaysian Goat & Sheep Expert International. Technology Promotion And Development Centre.

2.  En. Inam Al Hasan Livestocks Breeder Genetic Expert

‘MAJULAH INDUSTRI PENTERNAKAN UNTUK MASA HADAPAN NEGARA’


Copyright © 2010 . WP Theme created by Web Top.